"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7)
Biasanya, bila kita
dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan
lakukan?
BERSYUKUR!
Ya, yang tu la
seharusnya.
Tapi... macam mana
pulak kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan
ujian. Ramai mana yang akan bersyukur?
Saya pasti mungkin
hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Kalau dalam
100% tu, mungkin hanya 5% yang bersyukur
dan berlapang dada bila ditimpa semua ujian dari Yang Maha Esa.
Sedaqkah kita...
beruntunglah bagi orang yang selalu bersyukur dan sabaq. Sebenaqnya banyak
kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang bersyukur dan
sabaq dengan ujian yang diturunkan.
Saya pasti hangpa
semua mesti pernah dengaq kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow."
Selepas setiap guruh,
adanya pelangi.
Biaq kita miskin,
biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Kita buruk pada
pandangan manusia, tapi kita 'awesome' sisi pandangan Allah..
Bila kita pikiaq setiap
kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga
sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang
diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa
kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri
kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan
keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan
manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Sebab apa?? supaya manusia tu
hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi).
Orang-orang yang kaya tolong yang miskin, yang sihat pulak tolong yang sakit
dan lain-lain.
Kita kena selalu
ingat langit tu tidak selalu cerah dan kita tidak selalu dok kat atas.
Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari nanti
kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah
hina dulu.
Kekurangan di dalam
hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya kita kena
besyukur, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang yang melengkapi
kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan
berdoa.
Dan ingatlah, setiap
kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain.
Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan
dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Mai kita
renung-renungkan...
Jadikanlah kekurangan
yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah
sesuatu yang menghancurkan semangat kita. Bersyukurlah dengan setiap
kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
Dipetik dan diolah
sikit dari artikel asal: