Monday, 27 May 2013

Bersyukur dengan Kekurangan



"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7)

Biasanya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!
Ya, yang tu la seharusnya.

Tapi... macam mana pulak kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Ramai  mana yang akan bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Kalau dalam 100% tu, mungkin hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa semua ujian dari Yang Maha Esa.

Sedaqkah kita... beruntunglah bagi orang yang selalu bersyukur dan sabaq. Sebenaqnya banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang bersyukur dan sabaq dengan ujian yang diturunkan.

Saya pasti hangpa semua mesti pernah dengaq kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow."
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.

Walau apa pun ujian yang menimpa kat diri kita ni, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah kerna janji Allah itu pasti..

Biaq kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Kita buruk pada pandangan manusia, tapi kita 'awesome' sisi pandangan Allah..

Bila kita pikiaq setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.

Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Sebab apa?? supaya manusia tu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Orang-orang yang kaya tolong yang miskin, yang sihat pulak tolong yang sakit dan lain-lain.

Kita kena selalu ingat langit tu tidak selalu cerah dan kita tidak selalu dok kat atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari nanti kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya kita kena besyukur, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang yang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Mai kita renung-renungkan...

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan semangat kita. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

Dipetik dan diolah sikit dari artikel asal:    

No comments:

Post a Comment